Buah Campolai (Tjampolay) yang dilampirkan di layout merk sirup ini masih penuh tanda tanya. Buah apa sih ini? kami mulai membandingkan buah ini dengan beberapa jenis buah-buahan yang ada sekarang contohnya buah naga..
kalau kita bertanya pada orang tua sekalipun tentang pertanyaan ini jawabannya adalah
"ga tau"
karena itu kita memberi sedikit penjelasan tentang buah naga, namun sepertinya belum memecahkan misteri tentang tjampolay.
Pokok Buah Naga
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Pokok Buah Naga
Pokok Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram!
Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.
Spesies lain
Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus(isi putih) dan Hylocereus polyrhizus(isi merah). Spesies lain yang kurang terkenal ialah Seleniereus megalanthus, yang mempunyai isi putih dan berkulit kuning
Bunga
Bunga pokok naga mengeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar, yang bertindak sebagai agen pendebungaan. Bunga ini biasanya kembang hanya untuk satu malam dan selepas subuh, bunganya mula kuncup. Yang menarik ialah kaktus ini berupaya menyimpan air. Tidak hairanlah buah naga mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan epal.
Zat makanan
Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.
Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.
Teknik memilih
Apabila memilih buah naga, pastikan buahnya berat, kelihatan segar, dan keras serta berkilat, dengan sisik, yang berwarna kehijauan. Buah naga sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus dan dimasukkan ke dalam salah buah-buahan, ataupun dijadikan ramuan masakan seperti sup(bagi buah yang muda).
Minggu, Desember 02, 2007
Buah Tjampolay = Buah Naga?
Diposting oleh pantangpulangsebelumpadam di 12/02/2007 04:17:00 PM
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
3 komentar:
tjampolay adalah buah alkesa / sawo belanda
tjampolay adalah buah alkesa / sawo belanda.
tjampolay adalah buah alkesa / sawo belanda
Posting Komentar